HADIS 4

  

HADIS 4

 

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ نُمَيْرٍ قَالَ: حَدَّثَنَا زَكَرِيَّا بْنُ عَدِيٍّ، عَنِ ابْنِ الْمُبَارَكِ، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ سُوقَةَ، عَنْ أَبِي جَعْفَرٍ قَالَ: كَانَ ابْنُ عُمَرَ «إِذَا سَمِعَ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَدِيثًا لَمْ يَعْدُهُ، وَلَمْ يُقَصِّرْ دُونَهُ»

 

Abu Ja’far berkata: Ibnu Umar Jika mendengar sebuah hadis dari Rasulullah saw, dia tidak lengahkan dan tidak pula sibuk dengan yang lainnya.

 

Status hadis: sahih-MAWQUF

  

PENJELASAN HADIS

 

[1] Hadis ini dari sudut panjang lebarnya adalah dalam SAHIH IBN HIBBAN (264[1]) seperti berikut;

 

عَنْ أَبِي جَعْفَرٍ، عَنْ عُبَيْدِ بْنِ عُمَيْرٍ، أَنَّهُ كَانَ يَقُصُّ بِمَكَّةَ وَعِنْدَهُ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عُمَرَ وَعَبْدُ اللَّهِ بْنُ صَفْوَانَ وَنَاسٌ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ عُبَيْدُ بْنُ عُمَيْرٍ: إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ: «مَثَلُ الْمُنَافِقِ كَمَثَلِ الشَّاةِ بَيْنَ الْغَنَمَيْنِ، إِنْ مَالَتْ إِلَى هَذَا الْجَانِبِ نُطِحَتْ، وَإِنْ مَالَتْ إِلَى هَذَا الْجَانِبِ نُطِحَتْ» قَالَ ابْنُ عُمَرَ: لَيْسَ هَكَذَا، فَغَضِبَ عُبَيْدُ بْنُ عُمَيْرٍ وَقَالَ: تَرُدُّ عَلَيَّ؟ قَالَ: إِنِّي لَمْ أَرُدَّ عَلَيْكَ، إِلَّا أَنِّي شَهِدْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حِينَ قَالَ: فَقَالَ: عَبْدُ اللَّهِ بْنُ صَفْوَانَ: فَكَيْفَ قَالَ يَا أَبَا عَبْدِ الرَّحْمَنِ؟ قَالَ: «بَيْنَ الرَّبِيضَيْنِ» ، قَالَ: يَا أَبَا عَبْدِ الرَّحْمَنِ، بَيْنَ الرَّبِيضَيْنِ، وَبَيْنَ الْغَنَمَيْنِ سَوَاءٌ، قَالَ: كَذَا سَمِعْتُ، كَذَا سَمِعْتُ، كَذَا سَمِعْتُ، وَكَانَ ابْنُ عُمَرَ إِذَا سَمِعَ شَيْئًا مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَمْ يَعْدُهُ، وَلَمْ يَقْصُرْ دُونَهُ.

 

Daripada Abu Jaafar bahawa UBAID BIN UMAR di Mekah suatu hari bercerita yang ketika itu disampingnya ada ABDULLAH BUN UMAR dan ABDULLAH BIN SAFWAN serta beberapa orang sahabat nabi.

 

UBAID BIN UMAR berkata bahawa Rasulullah saw bersabda: Perumpamaan orang munafiq seperti seekor kambing yang berada di antara dua kambing. Jika kambing seekor itu cenderung kepada pihak ini, ia akan ditanduk. Jika dia berpihak kepada satu lagi pula, dia turut ditanduk.

 

ABDULLAH BIN UMAR berkata: tidak begitu.

 

UBAID marah dan berkata: apakah kamu mahu membantah aku?

 

ABDULLAH BIN UMAR kata: aku bukan bantah kamu. Sebaliknya aku dengar sendiri dari nabi saw ketika baginda berkata (hadis ini)

 

ABDULLAH BIN SOFWAN berkata: bagaimana berkata Nabi itu, wahai Abu Abd al-Rahman?

 

ABDULLAH BIN UMAR kata: (Nabi kata) antara dua kambing (AL-RABIDHAIN) (bukan al-Ghanamain)

 

Kata UBAID: Wahai Abu Abd al-Rahman, antara dua RABIHD dan antara dua GHANAM adalah sama sahaja.

 

Jawab IBN UMAR: begitulah aku dengar (3 kali).

 

(berkata ABU JAAFAR): Begitulah IBN UMAR yang apabila dia mendengar sesuatu dari Rasulullah, dia tidak tidak lengahkan dan tidak pula sibuk dengan yang lainnya.

 

KOMENTAR:

 

A.                  Sanad IBN HIBBAN ini sama dengan IBN MAJAH bermula dari IBN AL-MUBARAK, dan perawi selepas itu adalah sahih).

 

B.                  Matan hadis IBN HIBBAN ini, ada kesamaan dalam riwayat AHMAD (5546) seperti berikut;

 

عَنْ أَبِي جَعْفَرٍ يَقُولُ: كَانَ عَبْدُ اللهِ بْنُ عُمَرَ إِذَا سَمِعَ مِنْ نَبِيِّ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ شَيْئًا أَوْ شَهِدَ مَعَهُ مَشْهَدًا، لَمْ يُقَصِّرْ دُونَهُ أَوْ يَعْدُوهُ، قَالَ: فَبَيْنَمَا هُوَ جَالِسٌ وَعُبَيْدُ بْنُ عُمَيْرٍ يَقُصُّ عَلَى أَهْلِ مَكَّةَ، إِذْ قَالَ عُبَيْدُ بْنُ عُمَيْرٍ: مَثَلُ الْمُنَافِقِ كَمَثَلِ الشَّاةِ بَيْنَ الْغَنَمَيْنِ، إِنْ أَقْبَلَتْ إِلَى هَذِهِ الْغَنَمِ نَطَحَتْهَا، وَإِنْ أَقْبَلَتْ إِلَى هَذِهِ نَطَحَتْهَا، فَقَالَ عَبْدُ اللهِ بْنُ عُمَرَ: لَيْسَ هَكَذَا، فَغَضِبَ عُبَيْدُ بْنُ عُمَيْرٍ، وَفِي الْمَجْلِسِ  عَبْدُ اللهِ بْنُ صَفْوَانَ، فَقَالَ: يَا أَبَا عَبْدِ الرَّحْمَنِ، كَيْفَ قَالَ رَحِمَكَ اللهُ؟ فَقَالَ: قَالَ: " مَثَلُ الْمُنَافِقِ مَثَلُ  الشَّاةِ بَيْنَ الرَّبِيضَيْنِ، إِنْ أَقْبَلَتْ إِلَى ذَا الرَّبِيضِ نَطَحَتْهَا،  وَإِنْ أَقْبَلَتْ إِلَى ذَا الرَّبِيضِ نَطَحَتْهَا "، فَقَالَ لَهُ: رَحِمَكَ اللهُ هُمَا وَاحِدٌ،  قَالَ: كَذَا سَمِعْتُ، كَذَا سَمِعْتُ [2]

 

[2] Dari hadis ini dapat difahami bahawa Abu Jaafar yang merupakan cicit kepada Saidina Ali bercerita berkenaan sikap dan perangai Abdullah bin Umar (Anak saidina Umar) dalam mendengar hadis bahawa dia akan amalkan kandungan hadis yang dia dengar. Dia tidak akan buat mudah dengan sesuatu hadis.

 

Dalam erti kata lain, jika tidak akan ubah sebarang lafaz yang digunakan oleh Nabi saw dalam menyebut sesuatu hadis, serta dia tidak akan menambah atau mengurangkan sesuatu hal yang dia dengar dan dapati dari Nabi saw.

 

[3] maksud perkataan لَمْ يَعْدُهُ—dia tidak akan melebihi dari kadar apa yang telah diajar oleh hadis.

 

[4] Maksud perkataan وَلَمْ يُقَصِّرْ دُونَهُ—dia tidak akan abaikan, atau tidak akan remehkan sesuatu perkara yang dia tahu dari hadis Nabi saw.

 

HUBUNGAN HADIS

 

Hadis ke-3, dijelaskan bahawa keperluan mengikut Nabi Muhammad, sehingga jika menyalahi Nabi, ia sama seperti menyalahi Allah.

 

Hadis ke-4 ini pula menjelaskan sikap seorang sahabat Nabi bernama ABDULLAH BIN UMAR yang amat tegar dalam mengikuti perbuatan nabi saw.

 

PENGAJARAN

 

[1] RIWAYATKAN HADIS SECARA MAKNA

 

Ulama sepakat menerima riwayat hadis secara lafaz. Namun, ulama berbeza pendapat dalam hal riwayat hadis secara makna.

 

Perbezaan pendapat tersebut adalah seperti berikut;

 

PERTAMA: TIDAK DIBENARKAN

 

Ini adalah pendapat Imam Malik.

 

Bagi pihak yang melarang, mereka kemukakan beberapa hujah—Sabda Nabi saw:

 

نَضَّرَ اللَّهُ امْرَأً سَمِعَ مِنَّا حَدِيثًا، فَحَفِظَهُ حَتَّى يُبَلِّغَهُ، فَرُبَّ حَامِلِ فِقْهٍ إِلَى مَنْ هُوَ أَفْقَهُ مِنْهُ، وَرُبَّ حَامِلِ فِقْهٍ لَيْسَ بِفَقِيهٍ

 “Semoga Allah indahkan orang yang mendengar hadis dari kami, lalu dia hafaz hingga dia sampaikan kepada orang lain. Berapa ramai orang yang membawa fekah, didapati ada yang lebih faqeh darinya. Dan berapa ramai yang membawa fekah, sedangkan dia tidak faqeh pun” (Abu Daud, بَابُ فَضْلِ نَشْرِ الْعِلْمِ, hadis no : 3660

 

Dalam hadis ini, Nabi saw menyebut: “mendengar hadis dari kami” yang disimpulkan bahawa riwayat hadis tidak boleh menggunakan makna, tetapi perlu menggunakan lafaz sepertimana yang diungkapkan oleh Nabi saw.

 

KEDUA: DIBENARKAN DENGAN SYARAT

 

 Antara yang berpegang dengan pendapat ini adalah Imam Tarmizi, Imam Abu Hanifah, Khatib al-Baghdadi dan sebagainya.

 

Bagi kalangan yang izinkan ini, meletakkan syarat-syarat seperti perawi itu perlu memahami Bahasa arab, atau perawi hendaklah orang faqih sepertimana yang disyaratkan oleh Imam Abu Hanifah.

 

Hujah Imam Abu Hanifah adalah tanpa kefaqihan akan menyebabkan penafsiran terhadap hadis akan menjadi salah. Contohnya, hadis riwayat Abu Daud yang berbunyi:

 

مَنْ صَلَّى عَلَى جَنَازَةٍ فِي الْمَسْجِد، ِ فَلَا شَيْءَ عَلَيْهِ

“Barangsiapa menunaikan solat terhadap jenazah di masjid, maka tidak ada apa-apa pun ke atasnya” (abu Daud, hadis no : 3191)

 

Dalam Sunan Abu Daud digunakan lafaz فلا شيء عليه  sedangkan dalam Musnad Abu Daud al-Tayalisi digunakan lafaz فلا شيء له, iaitu matan penuhnya dalam musnad Abi Daud al-Tayalisi (Musnad Abi Daud al-Tayalisi, hadis no: 2429)

 

مَنْ صَلَّى عَلَى جِنَازَةٍ فِي الْمَسْجِدِ فَلَا شَيْءَ لَهُ

 

Perbezaan lafaz ini melahirkan kekhilafan pendapat ulama – penggunaan فلا شيئ  عليه memberi implikasi hukum solat jenazah di masjid sebagai harus, sedangkan penggunaan فلا شيئ له   memberi implikasi hukum solat jenazah di masjid sebagai makruh.

 

Dari sudut amalan, sememangnya terdapat beberapa orang perawi hadis yang mereka sememangnya tidak faqih, walaupun tidak dinafikan nama perawi itu cemerlang dalam bidang ilmu hadis. Contohnya al-Imam Syu’bah bin al-Hajjaj yang Khatib al-Baghdadi ada meriwayatkan bahawa Ismail bin Ulayyah ada menjelaskan bahawa Syu’bah ada meriwayatkan sesuatu hadis dengan lafaz:

 

إِنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى عَنِ التَّزَعْفُرِ

“Nabi saw melarang dari memakai za’faran”

 

Tetapi lafaz tersebut diingkari oleh Ismail dengan menyatakan bahawa lafaz tersebut bersifat umum – memberi maksud larangan memakai za’faran itu berlaku pada lelaki dan perempuan, walhal dari lafaz yang asalnya digunakan dengan lebih khusus – difokus kepada kaum lelaki sahaja, iaitu sabda Nabi:

 

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى أَنْ يَتَزَعْفَرَ الرَّجُلُ

“Nabi saw melarang lelaki dari memakai za’faran”.

 

[2] TIDAK MENAMBAH DAN MENGURANGKAN AMALAN YANG TELAH DIAJAR OLEH NABI

 

Ini disebut sebagai BID’AH. Berlaku khilaf dalam kalangan ulama dalam menentukan sesuatu itu Bid’ah.

 

PERTAMA: ASAL SESUATU PERKARA ITU ADALAH HARAM SELAMA TIDAK ADA NAS YANG SAHIH DAN SARIH.

 

Ini adalah pendekatan yang banyak digunakan oleh ulama-ulama dari aliran Salafi.

 

Dengan pendekatan ini, mereka simpulkan amalan tahlil sebagai bid’ah, sambutan Maulid Nabi adalah Bid’ah dan sebagainya.

 

KEDUA: ASAL SESUATU PERKARA ITU HARAM SELAMA TIDAK ADA NAS. NAMUN, JIKA ADA NAS YANG DIBOLEH BUAT HUJAH, SAMA ADA SECARA TIDAK SARIH, MAKA IA DIBOLEHKAN.

 

Ini diguna pakai oleh ramai ulama, terutama dari kalangan yang bermazhab, hatta ibn Taimiyyah.

 

Contohnya, fatwa berkenaan menyedekahkan bacaan al-Quran kepada si mati yang tidak mempunyai nas.

 

Namun, mereka menggunakan pendekatan al-Manat untuk menyatakan keizinan tersebut.

 

Iaitu, dalam banyak hadis ada menyebut berkenaan hadiahkan pahala kepada si mati bagi ibadat sedekah, ibadat haji dan memberi minum kepada si mati; kesemua ini adalah ibadat badaniyyah.

 

Makanya, apabila melihat kepada bacaan al-Quran juga sebagai ibadat badaniyyah, maka ia dibenarkan.

 

[3] IBN UMAR KUAT BERPEGANG DENGAN SUNNAH

 

Dalam kitab AL-IBANAH karya IBN BATTAH—daripada Nafi’;

 

عَنْ نَافِعٍ، قَالَ: كَانَ ابْنُ عُمَرَ " إِذَا مَرَّ بِشَجَرَةٍ بَيْنَ مَكَّةَ وَالْمَدِينَةِ، أَنَاخَ عِنْدَهَا، ثُمَّ صَبَّ فِي أَصْلِهَا إِدَاوَةً مِنْ مَاءٍ، وَإِنْ لَمْ تَكُنْ إِلَّا تِلْكَ الْإِدَاوَةَ قَالَ: وَقَالَ نَافِعٌ: وَأَرَى أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَعَلَهُ، فَفَعَلَهُ "

Daripada Nafi’ berkata: Ibn Umar itu apabila melintasi di pokok antara mekah dan Madinah, dia akan menunduk. Kemudian dia menuangkan satu bejana air, walaupun jika dia tidak ada kecuali satu bejana itu sahaja. berkata: Aku nampak Nabi saw melakukannya, maka dia pun turut lakukannya” (al-Ibadah al-Kubra (Ibn Battah), hadis no: 72[3])

 

Daripada Nafi’ berkata:

 

عَنِ ابْنِ عُمَرَ " أَنَّهُ كَانَ يَتْبَعُ آثَارَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ , وَيُصَلِّي فِيهَا حَتَّى إنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَزَلَ تَحْتَ شَجَرَةٍ فَكَانَ ابْنُ عُمَرَ يَصُبُّ الْمَاءَ تَحْتَهَا حَتَّى لَا تَيْبَسَ"

“Ibn Umar itu, sentiasa ikut kesan-kesan Rasulullah, serta dia menunaikan solat padanya sehingga Nabi saw sampai di bawah satu pokok, makanya Ibn Umar akan tuangkan air di bawahnya sehingga ia kering” (al-Baihaqi (sunan al-Kubra), hadis no: 10269[4])

 

Daripada Mujahid berkata:

 

كُنَّا مَعَ ابْنِ عُمَرَ فِي سَفَرٍ، فَمَرَّ بِمَكَانٍ فَحَادَ عَنْهُ، فَسُئِلَ لِمَ فَعَلْتَ؟ فَقَالَ: «رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَعَلَ هَذَا فَفَعَلْتُ»

kami bersama Ibn Umar dalam satu permusafiran. Dia melintasi di satu tempat, dia menghilangkan diri. Ditanya: kenapa kamu lakukan ini? Jawab dia: aku nampak Nabi saw lakukan ini, maka aku pun lakukan juga” (Ahmad, hadis no: 4870[5])

 

Daripada ‘Asim al-Ahwal berkata:

 

كَانَ ابْنُ عُمَرَ إِذَا رُئِيَ فِي طَرِيقٍ - كَأَنَّهُ ذَكَرَ كَلِمَةً مِنْ شِدَّةِ اتِّبَاعِهِ لِأَثَرِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - فَإِنْ قِيلَ لَهُ: إِنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَصَقَ بِالْحَائِطِ، لَصَقَ، وَإِنْ قِيلَ لَهُ: قَعَدَ، قَعَدَ، وَإِنْ قِيلَ لَهُ: مَشَى، مَشَى

Ibn Umar itu jika dilihat di jalan, kelihatan dia seperti menyebut kalimah disebabkan terlalu ikut dari kesan Nabi saw. Jika diberitahu kepadanya bahawa nabi menampal di dinding, pasti dia akan tampal; jika diberitahu bahawa Nabi duduk, pasti dia duduk; jika diberitahu bahawa nabi jalan, pasti dia jalan” (Ibn Battah (al-Ibanah al-Kubra), hadis no: 75[6])

 

Berkata AL-ZUBAIR BIN BAKKAR:

 

كَانَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عُمَرَ يَحْفَظُ مَا يَسْمَعُ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَإِذَا لَمْ يَحْضُرْ سَأَلَ مَنْ حَضَرَ عَمَّا قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَفَعَلَ، وَكَانَ يَتَتَبَّعُ آثَارَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي كُلِّ مَسْجِدٍ صَلَّى فِيهِ، وَكَانَ يَعْتَرِضُ بِرَاحِلَتِهِ فِي كُلِّ طَرِيقٍ مَرَّ بِهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Ibn Umar hafal apa sahaja yang dia dengar dari Rasulullah. Apabila dia tidak hadir, dia akan tanya orang yang hadir. Dia akan mengikut kesan-kesan nabi saw pada setiap masjid yang baginda solat padanya. Dia akan naik kenderaan untuk melintasi di laluan yang pernah dilalui oleh Rasulullah saw. Dikatakan kepadanya pada demikian itu” (Ibn Battah (al-Ibanah al-Kubra): hadis no: 76[7])

 

BIOGRAFI PERAWI

 

[5] MUHAMMAD BIN ABDILLAH BIN NUMAIR AL-HAMDANI (160H-234H)

مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ نُمَيْرٍ الهمداني

 

Ulama Kufah ini digelar sebagai ABU ABD AL-RAHMAN AL-KUFI. Dia terkenal dengan ilmu, zuhud, berpegang teguh dengan sunnah dan seorang miskin.

 

Dia adalah aqran AHMAD BIN HAMBAL dan ALI BIN AL-MADINI.

 

Dia adalah Guru al-Bukhari, Muslim, Abi Daud, al-tarmizi dan Ibn Majah. Al-nasaie ambil hadisnya melalui perantara.

 

Dia adalah perawi siqah lagi sahih

 

[4] ZAKARIA BIN ‘ADI BIN AL-SOLT (212H)

 زَكَرِيَّا بْنُ عَدِيٍّ بن الصلت

 

Ada orang kata, namanya adalah ZAKARIA BIN ‘ADI BIN RAZIQ BIN ISMAIL AL-TAIMI.

 

Menurut al-Zahabi dalam al-Siyar, bapanya bernama ‘ADI itu, asalnya adalah seorang kafir zimmi yang memeluk islam.

 

Dia dilahirkan di Kufah dan meninggal dunia di Baghdad.

 

Dia adalah Rijal Muslim, Tarmizi, al-Nasaie dan Ibn Majah. Namanya didapati tidak ada dalam al-Bukhari dan Abi Daud.

 

Rata-rata ulama hadis kata dia siqah, seperti al-Ijli, Ibn Sa’ad dan al-Asqalani. Dia adalah perawi sahih.

 

[3] ABDULLAH BIN AL-MUBARAK BIN WADIH AL-HANZALI AL-MARUZI (118H-181H)

عبد الله ابْنِ الْمُبَارَكِ بن واضح الحنظلي المروزي

 

Seorang ulama terkenal dalam banyak tradisi ilmu, terutama dalam bidang ilmu hadis.

 

Dia berasal dari Kota Moro yang kini berada dalam wilayah Turkmenistan, dan meninggal di Hit, Iraq.

 

Menurut Abdul Rahman bin Abi Hatim:

 

سمعت أبي يقول: كان ابن المبارك ربع الدنيا بالرحلة في طلب الحديث، لم يدع اليمن ولا مصر ولا الشام ولا الجزيرة والبصرة ولا الكوفة

“Aku dengar bapaku berkata: Ibn al-Mubarak mencari ilmu sehingga menjelajah satu perempat dunia. Dia tidak tinggal yaman, mesir, syam, jazirah, basrah dan kufah”

 

Beliau adalah murid kepada Imam Abu Hanifah dan imam Malik. Beliau adalah Rijal kutub al-Sittah. Dan dia seorang perawi siqah lagi sahih.

 

[2] MUHAMMAD BIN SUQAH AL-GHUNAWI (147H)

مُحَمَّدِ بْنِ سُوقَةَ الغنوي

 

Digelar ABU BAKAR AL-KUFI. Ada kata, ABU ABDILLAH. Dia adalah salah seorang ahli qiraat, serta ahli ibadat dan pemurah.

 

Dia berasal dari kufah dan pernah sampai ke Mekah.

 

Dia tidak banyak meriwayatkan hadis. Menurut Ibn al-Madini, dia riwayatkan dalam lingkurangan 30 lebih hadis sahaja.

 

Dia adalah Rijal al-Kutub al-Sittah dan perawi siqah lagi sahih.

 

[1] ABU JAA’FAR MUHAMMAD BIN ‘ALI BIN AL-HUSSAIN BIN ALI BIN ABI TALIB AL-HASHIMI AL-BAQIR AL-MADANI (57H-120H)

أَبو جَعْفَرٍ محمد بن علي بن الحسين بن علي بن أبي طالب الهاشمي الباقر المدني

 

Dia dikenali dengan panggilan MUHAMMAD AL-BAQIR. Dalam kalangan syiah Imamiyyah dan Ismailiyyah, anggap dia sebagai imam ke-5, serta salah seorang imam ma’sum dan ahl al-Bait.

 

Dia digelar kalangan syiah sebagai AL-BAQIR kerana dianggap keilmuannya luas serta terserlah. Menurut orang syiah, gelaran itu kerana merujuk kepada satu hadis syiah berikut;

 

يا جابر، إنّك ستبقى حتّى تلقى ولدي محمد بن علي بن الحسين بن علي بن أبي طالب، المعروف في التوراة بالباقر. فإذا لقيته فأقرئه منّي السلام

“Wahai Jabir, Sesungguhnya kamu akan hidup sehingga kamu berjumpa dengan anak cucu aku yang bernama MUHAMMAD BIN ALI BIN AL-HUSAIN BIN ALI BIN ABI TALIB yang namanya terkenal dalam TAURAT, iaitu AL-BAQIR. Apabila kamu berjumpa dengannya, maka sampaikan salamku kepadanya” (Muhammad al-Risyhuri, mizan al-Hikmah, jld 1, hlm 126)

 

Bapanya dipanggilan dengan panggilan ALI BIN AL-HUSAIN AL-SAJJAD dan ALI ZAINUL ABIDIN. Ibunya bernama FATIMAH BINTI AL-HASAN BIN ALI BIN ABI TALIB.

 

Dilahirkan di Madinah—dikatakan 4 tahun sebelum berlaku kejadian KARBALA (61H). Dia meninggal di Madinah.

 

Dia sempat dengan atuknya, Saidina al-Husain selama 4 tahun. Serta sempat dengan ayahnya, ALI ZAINUL ABIDIN selama 39 tahun.

 

Dia berkahwin dengan dua orang isteri, iaitu UMMU FARWAH BINTI AL-QASIM dan UMMU HAKIM BIN ASID BIN AL-MUGHIRAH BIN AL-AKHNAS BIN SYURAIQ AL-SAQAFI.

 

Dia adalah siqah dan sahih. Namun, Ahmad berpesan bahawa andai ada dakwaan mengatakan dia ambil hadis dari UMMU SALAMAH, itu adalah dakwaan yang tidak benar.

 

Dia adalah Rijal Muslim, Abu Daud, al-Tarmizi, al-nasaie dan Ibn Majah. Dalam al-Bukhari, ada disebut namanya secara ta’liq sahaja.

 

[0] ABDULLAH BIN UMAR (10SH-73H)

 عبدالله ابْنَ عُمَرَ

 

Dia adalah anak kepada Saidina Umar bin al-Khattab yang terkenal dengan periwayatan hadis serta kafaqihan ilmu. Dilahirkan di Mekah dan mati di Mekah juga. Pernah sampai di beberapa negara, seperti Syam, Iraq, Farsi, Mesir dan Afrika.

 

Adik beradik si ibu sebapa dengan Hafsah (isteri Nabi saw) yang nama ibunya ZAINAB BINTI MAZ’UN.

 

Antara sahabat yang banyak mengeluarkan fatwa dan banyak riwayatkan hadis.

 

Masuk islam semasa di mekah, bersama dengan bapanya, Saidina Umar.

 

Awal terlibat perang adalah perang Khandaq yang ketika itu berumur 15 tahun. Sebelum itu tidak berperang, kerana Nabi tidak izin ekoran umurnya terlalu muda.

 

Dia meninggal pada era Hajjaj Yusuf al-Saqafi yang Hajjaj turut menunaikan solat jenazahnya.

 

Dikatakan badannya agak gemuk dan kepalanya botak. Dia suka pakai wangian. Cincinnya tertulis Namanya “Abdullah bin Umar”.

 

Jawatan-jawatan yang ditawarkan dan dia tolak adalah jawatan qadhi pada era Osman dan jawatan Gabenor di Syam pada era Ali.

 

PERBAHASAN SANAD

 

[1] SANAD IBN MAJAH

 

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ نُمَيْرٍ قَالَ: حَدَّثَنَا زَكَرِيَّا بْنُ عَدِيٍّ، عَنِ ابْنِ الْمُبَارَكِ، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ سُوقَةَ، عَنْ أَبِي جَعْفَرٍ

 

PENJELASAN: hadis ini adalah MAWQUF, kerana Abu Jaafar bercerita berkenaan sahabat, iaitu ABDULLAH BIN UMAR


[2] STATUS HADIS: SAHIH - MAWQUF

 

Hadis ini sahih dengan alasan berikut;

[A] Semua perawi hadis ini adalah siqah.

[B] Ibn Hibban riwayatkan dalam sahihnya.

[C] Dianggap sahih oleh ARNAUT (Takhrij Ibn Hibban)

[D] hadis ini adalah Syawahid bagi hadis Abu Hurairah di atas (hadis ke-1, 2 dan 3)



[1] SANAD:

أَخْبَرَنَا الْحَسَنُ بْنُ سُفْيَانَ حَدَّثَنَا عُتْبَةُ بْنُ عبد الله اليحمدي حدثنا بن الْمُبَارَكِ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ سُوقَةَ عَنْ أَبِي جَعْفَرٍ عَنْ عُبَيْدِ بْنِ عُمَيْرٍ

[2] SANAD 5546:

حَدَّثَنَا مُصْعَبُ بْنُ سَلَّامٍ، حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ سُوقَةَ، سَمِعْتُ أَبَا جَعْفَرٍ يَقُولُ: كَانَ عَبْدُ اللهِ بْنُ عُمَرَ

(Kata ARNAUT, MUS’AB BIN SALLAM adalah doif, tetapi dia ada mutaba-ah).

SANAD 5359:

حَدَّثَنَا خَلَفُ بْنُ الْوَلِيدِ، حَدَّثَنَا الْهُذَيْلُ بْنُ بِلَالٍ، عَنِ ابْنِ عُبَيْدٍ، عَنْ أَبِيهِ

(Menurut ARNAUT, Sanad ini doif kerana perawi bernama HUZAIL BIN BILAL)

[3] SANAD:

حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ عَلِيٍّ الصَّفَّارُ، قَالَ: حَدَّثَنَا الْحَسَنُ بْنُ عَرَفَةَ، قَالَ: حَدَّثَنَا مَرْوَانُ بْنُ مُعَاوِيَةَ الْفَزَارِيُّ، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ سُوقَةَ، عَنْ نَافِعٍ

[4] SANAD:

أَخْبَرَنَا أَبُو عَلِيٍّ الرُّوذْبَارِيُّ , أنا أَبُو بَكْرٍ مُحَمَّدُ بْنُ جَعْفَرٍ الْآدَمِيُّ الْقَارِيُّ بِبَغْدَادَ فِي مَسْجِدِهِ , ثنا أَحْمَدُ بْنُ عُبَيْدِ اللهِ صَاحِبُ النَّرْسِيِّ , ثنا شَبَابَةُ بْنُ سَوَّارٍ الْفَزَارِيُّ , ثنا عَبْدُ الْعَزِيزِ بْنُ أَبِي سَلَمَةَ , عَنْ عُبَيْدِ اللهِ بْنِ عُمَرَ , عَنْ نَافِعٍ , عَنِ ابْنِ عُمَرَ

[5] SANAD:

حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ هَارُونَ، أَخْبَرَنَا سُفْيَانُ يَعْنِي ابْنَ حُسَيْنٍ، عَنِ الْحَكَمِ، عَنْ مُجَاهِدٍ

[6] SANAD:

حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ سُلَيْمَانَ، قَالَ: حَدَّثَنَا الْحَسَنُ بْنُ عَلِيٍّ، قَالَ: حَدَّثَنَا الْحَارِثُ بْنُ سُرَيْجٍ، قَالَ: حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ نُمَيْرٍ، عَنْ عَاصِمٍ الْأَحْوَلِ

[7] SANAD:

حَدَّثَنَا أَبُو الْقَاسِمِ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ عَبْدِ الْعَزِيزِ، قَالَ: قَالَ الزُّبَيْرُ: - وَأَحْسِبُهُ عَنَى ابْنَ بَكَّار

Comments

Popular posts from this blog

MUQADDIMAH

HADIS 18