MUQADDIMAH

  

MUQADDIMAH

 

SIAPA IBN MAJAH?

 

Nama penuh penulis kitab Sunan Ibn Majah adalah ABU ABDILLAH MUHAMMAD BIN YAZID BIN MAJAH AL-RIB’IE الربعي (209H-273H).

 

Seorang ulama yang alim dalam bidang hadis, tafsir dan tarikh serta seorang pengkaji agama yang hebat.

 

Dia dilahirkan di QAZWIN, iaitu satu kota terbesar Iran pada hari ini dan meninggal dunia di tempat yang sama.

 

Dia sempat sampai ke Basrah, Baghdad, al-Syam, Mesir, mekah, Madinah dan Ray dalam jelajah mencari ilmu.

 

Dari sudut amalan fiqh, dia seorang yang mengamalkan mazhab syafie. 

 

KITAB SUNAN IBN MAJAH

 

Ia adalah kitab yang ke-6 dari enam buah kitab hadis hadis ahl al-Sunnah wa al-Jamaah yang dianggap sebagai Usul al-Sunnah al-Nabawiyyah.

 

Kitab ini mengandungi 38 bab dengan lebih 4341 hadis yang bercampur antara hadis sahih, hasan, doif, mungkar malah palsu.


Comments

Popular posts from this blog

HADIS 18

HADIS 4